Jabatan ini diwujudkan bertujuan untuk menghasilkan para pendidik, pegawai bahasa dan penulis yang dapat menangani isu bahasa dan linguistik secara kritis dan kreatif; mampu memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi, khususnya dalam bidang bahasa dan dapat menggunakan kajian bahasa Melayu terkini; dan akhirnya dapat melakukan penyelidikan mengenai pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.