Follow us:
+607 – 554 3466
marketing@sc.edu.my

Kajian Kebolehlaksanaan Pembangunan Gudang Data Bersepadu Pendidikan Tinggi di Kementerian Pendidikan Tinggi

Pada 23hb Disember 2024, Prof. ChM. Dr. Leong Loong Kong, Naib Presiden Akademik telah menerima kunjungan dari Prof. Ts. Dr. Suraya bt. Miskon dan Dr. Norasnita binti Ahmad, pakar perunding mewakili Kementerian Pengajian Tinggi ke kampus Kolej Universiti Selatan. Tujuan lawatan ini adalah bagi menjalankan soal selidik dan kajian bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi sedang mengkaji kebolehlaksanaan pembangunan gudang data bersepadu pendidikan tinggi. Prof. ChM. Dr. Leong, bersama-sama wakil dari Pejabat Hal Ehwal Akademik & Pentadbiran & Pendaftaran, Pejabat Sumber Manusia, Pejabat Perancangan Pembangunan Akreditasi dan Jaminan Kualiti, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pengajian Siswazah dan Penyelidikan dan Pejabat Pusat Komputer meluangkan masa kira-kira dua jam menjawab soalan dan membincangkan isu dan cabaran dalam pengurusan data di Kolej Universiti Selatan. Pada dasarnya, pihak Kolej Universiti Selatan menyambut baik cadangan pembangunan gudang data bersepadu untuk institusi pengajian tinggi dan berharap ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak di masa hadapan.
Feasibility Study of the Development of a Higher Education Integrated Data Warehouse at the Ministry of Higher Education
Southern UC extended a warm welcome to Prof. Madya Ts. Dr. Suraya bt. Miskon and ⁠Dr. Norasnita binti Ahmad on 23rd December 2024 to the campus. They are the consultants, commissioned by the Ministry of Higher Education to study the feasibility of developing of a Higher Education Integrated Data Warehouse. The purpose of the visit is to gather inputs from Southern University College on the data management and data warehouse matters. Southern UC, Vice-President (Academic), Prof. ChM. Dr. Leong Loong Kong together with representatives from Academic Affairs & Administration & Registration Office, Planning Development Accreditation & Quality Assurance Office, Human Resource Office, Student Affairs Office, Institute of Graduate Studies and Research and Computer Centre Office spent about two hours answering questions and discussing issues and challenges in data management at Southern UC. In principle, South University College welcomes the proposed development of an integrated data warehouse for higher education institutions and hopes that it can benefit all parties in the future.
en_USEnglish
Open WhatsApp
How can we help you?
Ask Southern University College
Hi 👋
Thank you for reaching out to Southern University College. Click the button below to WhatsApp us and you will be in touch shortly!
Thank you